icon-search
icon-search

Semua masih beraya ke tu?? ๐Ÿ‘€ ๐Ÿ‘€

Semua masih beraya ke tu?? ๐Ÿ‘€   ๐Ÿ‘€
Semua masih beraya ke tu?? ๐Ÿ‘€   ๐Ÿ‘€
Mesti ramai dekat sini yang risau berat badan naik mendadak atau makan terlebih kalori sepanjang menyambut hari raya Aidilfitri ni, betul tak?
So..harini min nak share berapa banyak kalori yang ada dalam setiap juadah & tips untuk makan secara sihat di hari raya!
1. Ketupat ( 1 biji) 
Jumlah kalori untuk 1 biji ketupat ialah sebanyak 88 kalori. Selalunya kita akan makan dalam 4-6 biji ketupat betul tak? Bermaksud total kalori yang diambil untuk ketupat adalah sebanyak 528 kalori. 
2. Lontong Sayur (Semangkuk) 
Lontong sayur merupakan antara juadah utama yang sering dihidangkan pada hari raya. Ramai yang mungkin tidak tahu, lontong sayur mempunyai jumlah kalori yang agak banyak iaitu sebanyak 350 kalori.
3. Nasi himpit ( 5 biji )
5 biji nasi himpit bersamaan dengan 150 kalori ye semua! Tak termasuk kuah kacang tau. Satu senduk kuah kacang (50 gram) mempunyai 130 kalori. Jadi, jumlah untuk satu hidangan/mangkuk nasi himpit dan kuah kacang ialas 280 kalori!
4. Biskut raya (1 biji)
Hari raya, mestilah makan biskut raya kan? Antara biskut raya yang menjadi pilihan ramai semestinya biskut samperit, Almond London dan juga biskut dahlia! Sebiji biskut raya mempunyai 25 kalori!
HM..tapi macam mana nak makan dengan sihat? Banyak sangat pilihan juadah hari raya sampai tak tahu nak pilih yang mana..๐Ÿฅฒ
Tips pertama makan secara sihat pada hari raya adalah makan dalam saiz hidangan yang kecil terutama untuk mereka yang gemar makan pelbagai jenis juadah pada hari raya.
Seterusnya, pilih buah-buahan segar sebagai snek  atau pencuci mulut supaya seimbang.
Akhir sekali, banyakkan minum air kosong daripada air berkarbonat untuk bantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan.
Good luck dan selamat hari raya semua!


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping