icon-search
icon-search

"KURMA BERBAHAYA UNTUK PESAKIT DIABETES."

"KURMA BERBAHAYA UNTUK PESAKIT DIABETES."

"KURMA BERBAHAYA UNTUK PESAKIT DIABETES."

Betul atau tidak? Jom kita baca...

Seperti yang kita semua tahu, buah kurma ialah antara buah yang sangat manis, maka ramai daripada pesakit diabetes berasa risau untuk memakannya.

Antara kandungan buah kurma yang utama ialah fruktosa atau gula semula jadi.

Bagi pesakit diabetes, sememangnya mengambil buah yang tinggi kandungan gula seperti ini adalah satu kebimbangan.

Namun, jika diambil dalam kadar yang sederhana, buah kurma ini bukan sahaja selamat dimakan bahkan bermanfaat untuk kesihatan pesakit diabetes.

Anda perlu tahu bahawa buah kurma adalah sejenis buah atau makanan yang mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah.

Ini bermakna, kadar penyerapan gula atau karbohidrat oleh tubuh menjadi lebih perlahan dan tidak akan menjejaskan bacaan gula darah.

Jadi, tak salah kalau nak makan kurma tetapi harus berpada-pada ya!



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.