icon-search
icon-search

Apa Itu Pulse Oximeter ?

Apa Itu Pulse Oximeter ?

Disebabkan berlakunya pandemik Covid-19, banyak nyawa yang telah terkorban tanpa alatan bantuan pemeriksan kesihatan.

Oleh itu, rakyat telah diperkenalkan dengan Pulse Oximeter.

Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), penyakit Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.

Bagaimana Pulse Oximeter ini berfungsi?

Bacaan tahap oksigen dalam darah diambil dengan cara mengepit hujung jari.

Tahap kepekatan oksigen darah diukur menggunakan satu proses yang melibatkan lintasan sinaran cahaya kecil ke dalam darah.

Proses ini dapat mengukur perubahan penyerapan cahaya dalam darah beroksigen atau darah tanpa oksigen dan seterusnya, mengesan kadar kepekatan oksigen darah.

Paras oksigen darah rendah (hypoxia) adalah ukuran kepekatan oksigen berpurata 94% dan ke bawah bagi mereka yang tiada penyakit paru-paru kronik.

Kini, Pulse Oximeter telah banyak digunakan di rumah untuk memantau keadaan pesakit yang menghidap penyakit paru-paru kronik dan kegagalan fungsi jantung.

Sekiranya bacaan Pulse Oximeter menunjukkan anda berisiko, segera hubungi klinik kesihatan yang berdekatan.

Dapatkan Oxitech Finger Pulse Oximeter di https://shp.ee/6g6zuwt untuk memantau tahap kesihatan semasa berada di rumah.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping